Kerajaan amal dasar tidak campur tangan - Utusan Malaysia

Kerajaan amal dasar tidak campur tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam apa jenis peperangan sama sekali.

Oleh itu, kata Perdana Menteri, Malaysia tidak menyertai perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China meskipun ia mempunyai kesan ke atas negara ini.

Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, sehingga kini, belum terdapat kesan yang ketara di Malaysia.

“Dagangan kita masih terus bersama dengan China dan AS. Jika pun ada kesan, kita harap ia adalah dengan cara pemindahan pelaburan AS di China ke Malaysia.

“Jadi, ada kemungkinan kita mendapat sedikit kebaikan daripada perang dagangan antara AS dan China,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang meminta kerajaan menjelaskan sama ada Malaysia terikat dan terdorong dengan AS atau China dalam isu perang dagangan antara dua negara itu walaupun mengetahui Malaysia mengamalkan dasar berkecuali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN