MELAKA 20 Okt. – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjadi pilihan PKR Cabang Tangga Batu dalam keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.30 malam ini apabila mendahului penyandang jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan majoriti 59 undi.
Dalam pada itu, anak Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar terus mendahului pencabar lain untuk jawatan Naib Presiden dengan meraih 448 undi, manakala Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin (379 undi), serta Zuraida Kamarudin (343 undi) selain William Leong Jee Keen (322 undi).
Sementara itu, jawatan Ketua Cabang Tangga Batu didahului penyandang, Gue Teck dalam pertandingan empat penjuru, manakala Timbalan Ketua Cabang Tangga Batu didahului Rusnah Aluai setelah mendahului Mohd. Lokman Abdul Gani.
Dalam pada itu, Rohani Mahmood mendahului undian bagi merebut jawatan Ketua Wanita Cabang Tangga Batu, sementara Jenap Nawi hanya mendahului dengan majoriti dua undi bagi Timbalan Ketua Wanita Cabang PKR Tangga Batu. – UTUSAN ONLINE










