Keputusan Pemilihan PKR Melaka dan NS tertangguh - Utusan Malaysia

Keputusan Pemilihan PKR Melaka dan NS tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi bagi cabang Melaka dan Negeri Sembilan untuk Pemilihan PKR 2018 ditangguh kerana masalah teknikal. 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Rashid Din berkata, justeru, keputusan pemilihan yang sebelum ini dimuat naik dalam laman sesawang Pemilihan PKR 2018 bagi kedua-dua negeri itu masih gagal dipaparkan dalam laman berkenaan.

“Kita sedang selesaikan masalah ini dan diharap keputusan boleh dimuat naik selewat-lewatnya petang ini bersama keputusan tujuh cabang negeri Selangor dan Perlis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemilihan PKR Negeri Sembilan dan Melaka berlangsung semalam dengan Negeri Sembilan melibatkan lapan cabang dan jumlah anggota layak mengundi ialah 14,788.

Pemilihan di Melaka menyaksikan 9,387 anggota parti layak mengundi bagi memilih barisan pemimpin di peringkat pusat dan enam cabang di negeri ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN