Kepantasan polis selamatkan wanita daripada diragut - Utusan Malaysia

Kepantasan polis selamatkan wanita daripada diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Polis menahan seorang lelaki ketika meragut seorang wanita dalam satu kejadian berhampiran Sekolah La Salle, Jalan Gasing, Petaling Jaya dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian berlaku semasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui jalan tersebut pada pukul 7.40 pagi.

“Semasa sampai di hadapan Sekolah Kebangsaan La Salle, mereka terdengar jeritan seorang wanita dan melihat mangsa tersebut mengejar seorang lelaki menyeberangi Jalan Gasing.

“Anggota trafik terbabit kemudian berpatah balik dan mengejar suspek tersebut dan menahannya di hadapan tokong Buddha Chettawan, Jalan Gasing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zani, suspek berumur 28 tahun dan berasal dari Baling, Kedah itu ditahan serta barang kes milik mangsa dirampas daripada suspek. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN