KUALA LUMPUR 28 Okt. – Kenyataan kononnya 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai perang psikologi yang bertujuan menggugat kesepaduan UMNO.
Pandangan itu disuarakan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang percaya, kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin itu semata-mata bertujuan menjadikan UMNO lemah dan berpecah.
“Sehubungan itu, Wanita UMNO berharap ahli-ahli parti sedar tentang usaha berterusan memecahbelahkan parti terutama oleh musuh politik.
‘Kita perlu insaf bahwa parti dalam keadaan yang sangat getir dan fokus utama pada masa ini adalah membangkitrkan semula UMNO dengan mengutamakan penyatuan dalaman,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE










