SEREMBAN 23 OKT. – Pertambahan jumlah kenderaan dan bilangan petak meletak kereta yang tidak seimbang telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di bandar ini sejak beberapa tahun lalu. Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat segelintir pemandu yang mementingkan diri meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan dan secara berlapis. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi termasuk di Jalan Tuanku Antah dan Jalan Dato Lee Fong Yee baru-baru ini mendapati kesesakan teruk berlaku…










