Kempen Wish Service by Janna Nick bukan untuk kaut untung - Utusan Malaysia

Kempen Wish Service by Janna Nick bukan untuk kaut untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tindakan pelakon dan penyanyi popular Janna Nick melancarkan servis ucapan, Wish Service by Janna Nick yang tular di media sosial sejak minggu lalu bukan untuk meraih keuntungan seperti didakwa khalayak.

Sebaliknya tujuan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 23, berbuat demikian adalah untuk menubuhkan tabung kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, selain mengumpul sumbangan, kempen itu turut menjadi langkah awal bagi penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wish For Their Hope yang ditubuhkannya sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah kurang seminggu dilancarkan, kami berjaya mengumpul dana kira-kira RM2,000 lebih. Insya-Allah pada masa akan datang saya mengharapkan agar mendapat sambutan yang lebih menggalakkan.

“Idea untuk melancarkan kempen ini telah lama difikirkan sejak beberapa bulan lalu apabila saya memikirkan tentang sumbangan yang ingin diberikan kepada masyarakat sebagai seorang selebriti,” katanya yang ditemui di Rumah Kasih Nurul Hasanah di sini pagi tadi. 

Dalam pada itu, Janna turut memberikan sumbangan kepada lebih 40 penghuni Rumah Perlindungan Nasuha, Batu Caves pada hari yanng sama. 

Antara sumbangan yang diberikan Janna ialah kelengkapan mandian, wang tunai dan makanan. –  K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini