PORT DICKSON – Ketika tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hanya berbaki dua hari, calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar memohon bantuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ustaz Azhar Idrus supaya turun padang membantu kempen beliau. Mohd. Nazari berkata, kehadiran tiga tokoh besar itu mampu memberi impak kepada pengundi. “Saya sedang menghubungi Menteri Besar Kelantan,…









