Kemewahan yang menindas, rasuah turut mengundang bala - Utusan Malaysia

Kemewahan yang menindas, rasuah turut mengundang bala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 31 Okt. – Penindasan terhadap rakyat golongan bawahan ekoran sistem kapitalis yang terlalu mementingkan kemewahan serta membiarkan rasuah berleluasa akan turut mengakibatkan bala ditimpa kepada masyarakat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kewujudan sistem perbankan Islam antaranya adalah bagi mengimbangi segala gejala yang dilihat sebagai penindasan ekonomi terhadap masyarakat serta menegakkan keadilan sosial.

“Dalam ayat al-Quran ada menyebutkan tentang bala yang menimpa kerana penduduk di situ dalam kalangan penduduk bermewah-mewah, membazir dan rasuah.

“Jadi, jangan hanya sebut benda maksiat kita nampak seperti minum arak, berzina, dan sebagainya, itu maksiat, kita kena cegah tetapi merompak duit 1MDB (1Malaysia Development Berhad), itu maksiat paling besar.

“Perkara yang membawa kepada kerosakan, membawa kepada kehancuran, golongan yang susah tidak dibela, itu bala yang paling besar sebenarnya. Pemimpin-pemimpin yang rasuah, itu bukan sikit-sikit. Selepas itu, para pemodal dan kapitalis yang menindas dengan sistem perbankan yang menyusahkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam Di Malaysia kali ke-14 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN