Kemeriahan Larian Jejak Bukit Keluang - Utusan Malaysia

Kemeriahan Larian Jejak Bukit Keluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 20 Okt. – Larian Jejak Bukit Keluang hari ini berlangsung penuh meriah dengan kira-kira 1,000 peserta mengambil bahagian dalam program yang turut menawarkan hadiah lebih RM10,000.

Program bagi menyemarakkan kegiatan sukan, kecergasan dan riadah itu bermula di Dataran Bukit Keluang dengan pelepasan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Ia dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu acara Kattang sejauh enam kilometer dan Nelang empat kilometer melibatkan laluan melalui pantai, jalan raya dan mendaki Bukit Keluang, salah satu tarikan di daerah ini.

Larian anjuran TAC Outdoor bersama Geng Supik Hitam dengan kerjasama kerajaan negeri yang turut melibatkan 10 penaja utama menarik separuh peserta dari negeri Kelantan manakala selebihnya peserta tempatan termasuk dari agensi kerajaan negeri.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia,Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman.

Bagi kategori Kattang A terbuka lelaki, juara disandang oleh Mohd Nazri Ahmad manakala Amiruddin Nasir dan Muhamad Al Amin Zameri di tempat kedua dan ketiga sementara Mohd Shukri Abdul Rahman di tempat keempat.

Kattang B terbuka wanita pula, Fazilawati Jaafar mendapat tempat pertama, diikuti Norliana Mohd Rusni (kedua), Zaila Jampar (ketiga) dan Chong Kim Kee (keempat).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN