BIARPUN dalam usia mencecah 73 tahun, namun Abdul Jalil Abdullah memiliki kemahiran luar biasa apabila masih mampu memanjat pokok buah duku. Difahamkan, Abdul Jalil merupakan pemanjat duku tertua di kawasan tersebut. Apa yang membuatkan orang ramai tertarik ialah, kemahiran yang ada pada lelaki dari Kampung Banggol Karah, Kuala Terengganu itu membolehkan ia membawa turun sehingga 150 kilogram buah duku dalam tempoh empat jam setiap hari. “Alhamdulillah, selama hampir 60 tahun…










