Kem Rafizi kuasai Cabang Klang - Utusan Malaysia

Kem Rafizi kuasai Cabang Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 21 Okt. – Kem calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli hari ini memperolehi kemenangan besar di Cabang Klang dengan Rafizi sendiri berjaya menewaskan pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Rafizi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor itu selepas memperoleh 1,064 undi berbanding Mohamed Azmin yang mendapat 719 undi.

Begitu juga dalam perubatan jawatan Naib Presiden apabila kem Rafizi menguasai kedudukan pertama hingga keempat dengan Nurul Izzah Anwar memperoleh 1,401 undi, S. Kesavan (1,262), William Leong Jee Keen (1,206) dan Datuk Johari Abdul (1,143).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang bersekutu dengan Mohamed Azmin masing-masing berada di kedudukan kelima dan keenam dengan undi 836 serta 730.

Sementara itu, keputusan bagi jawatan Ketua Cabang turut dimenangi calon kem Rafizi selepas Yew Boon Lye menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri dengan Boon Lye mendapat 1,383 manakala Azmizam memperolehi 961 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini