Keluarga tiba untuk uruskan jenazah - Utusan Malaysia

Keluarga tiba untuk uruskan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 21 Okt. – Keluarga dua mangsa tanah runtuh di Bukit Kukus dekat Paya Terubong berada di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang seawal pukul 7 pagi untuk proses pengurusan jenazah.

Asman Hamid turut membantu petugas hospital memandikan jenazah anaknya, Samsul, 19, sebelum proses menghantar pulang ke Buton Tengah dekat Sulawesi, Indonesia dilakukan.

Dia bersama isterinya, Rosmiati akan mengiringi jenazah Samsul sehingga ke kampung halaman mereka hari ini.

Turut kelihatan di perkarangan Jabatan Forensik adalah isteri kepada seorang lagi mangsa yang terbunuh, Bahtiar yang menunggu proses pengurusan jenazah.

Wa Irri, 36, yang sedang mengandung empat bulan turut cedera dalam kejadian yang turut mengorbankan seorang lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar selain tiga lagi masih hilang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN