KUALA TERENGGANU 7 Okt.- Seorang gadis, Marrissa Maya Farhanna, dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak seminggu hari lalu dan gagal dihubungi.
Kehilangan semakin meresahkan keluarga yang sentiasa dalam keadaan bimbang tentang sebarang kemungkinan buruk.
Marrissa,21, dilaporkan hilang dari rumah pada 29 September 2018 tanpa membawa apa-apa keperluan peribadinya termasuk pakaian.
Kakak remaja terbabit, Zettira Ezette Farhanna ketika dihubungi mengesahkan kehilangan adiknya itu.
Menurutnya, dia menyedari Marrissa tiada di biliknya pada lebih kurang jam 9.45 malam.
Kereta jenis Chevrolet Optra berwarna emas, nombor pendaftaran WGV833 yg sering digunakan oleh Marrissa juga didapati tiada di pekarangan rumah.
Laporan polis telah dibuat pada lebih kurang jam 4.46 pagi 30 September.
“Sehingga kini, masih belum ada apa-apa perkembangan tentang kes kehilangan Marrissa, ujarnya.
Selain pihak polis, Ezette mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk membantu mencari adiknya itu.
Jelasnya, tiada perselisihan faham berlaku antara Marrissa dan keluarganya yang mumgkin menjadi alasan Marrissa bertindak keluar dari rumah.
Zettira Ezette Farhanna boleh dihubungi di talian tertera : 017 9746520/ 019 5433934 – UTUSAN ONLINE










