KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kerajaan berpendirian buat masa ini untuk mengekalkan keputusan pembatalan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bagi semua bahagian agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menegaskan berita daripada akhbar tersebut boleh diakses secara dalam talian dan diperolehi menerusi pelbagai media sosial. Kata beliau, secara umum, hasrat kementeriannya adalah untuk melanggan akhbar-akhbar yang menguar-uarkan nilai…










