LONDON 17 Okt. – Liverpool berdepan masalah kecederaan baharu selepas Naby Keita diusung keluar dari pada oleh rakan sepasukannya selepas mengalami masalah di bahagian paha semasa aksi Guinea menentang Rwanda. Keita mengalami kecederaan itu pada penghujung babak pertama dan dia dilihat dipikul oleh rakan sepasukannya keluar padang kerana ketika itu pengusung tidak disediakan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tahap kecederaan pemain itu namun dilihat bakal memberi kesan kepada aksi menentang Huddersfield…










