SULTAN Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah mengenakan tengkolok gubahan baharu yang digelar sebagai ‘Seri Mahkota’ pada hari pertabalan baginda sebagai Sultan Kedah yang ke-29 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. ‘Seri Mahkota’ adalah tengkolok yang diolah khusus daripada gaya rupa bentuk tengkolok lama almarhum ayahanda baginda, Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-27. Penyolek tengkolok, Mohd. Zairul Fairuz Zakaria, 40, anak jati Kedah dari…










