SULTAN Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah mengenakan tengkolok gubahan baharu yang digelar sebagai ‘Seri Mahkota’ pada hari pertabalan baginda sebagai Sultan Kedah yang ke-29 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. ‘Seri Mahkota’ adalah tengkolok yang diolah khusus daripada gaya rupa bentuk tengkolok lama almarhum ayahanda baginda, Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-27. Penyolek tengkolok, Mohd. Zairul Fairuz Zakaria, 40, anak jati Kedah dari Titi Haji Idris, Pendang, mengakui bahawa tugasan menyiapkan tengkolok yang merupakan pelengkap kepada persalinan diraja itu bukan tugas mudah. Beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya