Keghairahan buat Vettel kempunan - Utusan Malaysia

Keghairahan buat Vettel kempunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas Pe­ngurus pasukan Renault, Flavio Briatore percaya kesilapan utama pemandu Ferrari, Sebastian Vettel adalah terlalu ghairah untuk menjuarai setiap perlumbaan bagi memburu gelaran dunia Formula Satu (F1) musim ini.

VETTEL
VETTEL 

Vettel kini ke­tinggalan 67 mata di belakang seteru utama dari Mercedes, Lewis Hamilton yang selesa menjuarai empat perlumbaan Grand Prix (GP) berturut-turut, sekali gus hampir menggenggam gelaran dunia F1 kelima musim ini.

Antara kesilapan yang dilakukan Vettel sehingga membuka ruang kepada Mercedes kembali memimpin perlumbaan adalah terlibat dalam insiden kemalangan pada GP Jerman dan GP Itali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Vettel tidak menjuarai gelaran musim ini dan tindakannya terlalu ghairah untuk meraih kemena­ngan setiap perlumbaan juga tidak berhasil.

“Jika kamu kehilangan tiga atau empat peluang dalam perlumbaan F1, maka kamu akan kehilangan 25 mata pada setiap saingan. Sudah pasti keadaan itu memberi tekanan kepada Vettel untuk mengejar kembali kedudukan.

“Saya percaya tekanan sebagai pemandu sangat besar tetapi tindakan Vettel yang terburu-buru mengakibatkan kesan kepada peluangnya untuk menjuarai perlumbaan musim ini.

“Jika kamu mahu menjuarai perlumbaan ini, maka kutipan mata perlu konsisten atau menamatkan saingan di kedudukan kedua dan ketiga. Bagi saya, ia sudah memadai daripada kamu gagal menamatkan saingan.

“Jika kamu mempunyai jentera yang berdaya saing, sudah pasti Ferrari mampu memintas sesiapa sahaja. Jadi, kesabaran itu penting daripada membuang mata dan memberikan kemena­ngan mudah kepada lawan,” kata Briatore. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini