ANKARA 15 Okt. – Kedutaan Iran di Turki hari ini menafikan laporan pihaknya menerima ancaman bom di pejabat kedutaan itu menyebabkan semua kakitangannya terpaksa mengosongkan bangunan tersebut.
Melalui satu kenyataan, Kementerian Luar Iran berkata, dakwaan itu adalah suatu penipuan malah semua kakitangan kedutaan selamat dan berada dalam bangunan melakukan tugas seperti biasa.
Terdahulu agensi berita DHA melaporan, wakil Iran di sini telah diberi amaran oleh pihak perisikan tentang kemungkinan berlaku serangan bunuh diri menyebabkan Duta Iran, Mohammad Ebrahim Taherian Fard bergegas meninggalkan bangunan berkenaan.
Jalan raya ke pejabat kedutaan itu turut ditutup dan anggota polis dilihat memeriksa kenderaan yang melalui kawasan itu. – AFP







