Kedudukan parti gabungan diambil kira dalam penjenamaan semula BN - Utusan Malaysia

Kedudukan parti gabungan diambil kira dalam penjenamaan semula BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 27 Okt. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjenamaan semula Barisan Nasional (BN) akan turut mengambil kira kedudukan parti gabungan dan parti lain yang ingin menyertai BN.

Pengerusi BN itu berkata, sehubungan itu parti komponen akan berbincang bagi mempertimbangkan permohonan tiga parti iaitu Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Makkal Sakti dan Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) untuk menjadi parti komponen.

Beliau yang juga Presiden UMNO tidak menolak kemungkinan terdapat perlembagaan BN perlu diubah bagi membolehkan penyertaan parti-parti berkenaan.

“Permintaan Kimma yang merupakan parti gabungan UMNO untuk menjadi parti komponen BN adalah sama dengan nada Makkal Sakti dan IPF. Kita akan bincangkn dengan parti komponen BN dan mengikut suara majoriti,” katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Kimma Ke-41 di Nilai dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Kimma, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader; Presiden IPF, Datuk M. Sambanthan dan Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R. S Thanentiran.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kimma telah menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan BN walaupun selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Semangat ini yang harus ada pada kita. Jangan kita berkawan ketika kawan ada kuasa, bila tiada kuasa ditinggalkan. Kita kena berkawan bukan saja semasa senang tetapi juga susah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN