Kedudukan Mustapa dalam Bersatu, Kabinet akan dibincang - Utusan Malaysia

Kedudukan Mustapa dalam Bersatu, Kabinet akan dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 27 Okt. – Sama ada Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam akan diberikan jawatan dalam parti dan Kabinet, perkara itu akan dibincangkan oleh pimpinan tertingginya.

Namun Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, reputasi dan ketokohan Mustapa tidak dinafikan  mampu memperkukuhkan kedudukan parti itu termasuk dalam Kabinet.

“Belum dibincangkan lagi  tetapi kalau kita tengok aksi beliau dalam Parlimen pun, orang ternanti-nanti perbahasan kerana beliau mempunyai pengalaman yang banyak.

“Dan sebab itu saya lihat beliau satu aset yang menokok tambah kepada jumlah kerusi Bersatu dalam Parlimen yang sekarang menjadi 14 dan dengan tokoh macam itu lebih meningkatkan lagi semangat dengan kehadiran beliau,” katanya kepada pemberita selepas  melawat AOR Fest 4.0 di Dataran Balai Seni Lukis Negeri di sini hari ini.

Akhbar melaporkan, Bersatu mengumumkan keahlian Datuk Seri Mustapa Mohamed selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor semalam.

Mengulas lanjut kata Mukhriz, Bersatu mengalu-alukan penyertaan bekas pemimpin UMNO itu yang dilihat sebagai seorang bekas Menteri yang cukup cemerlang ketika berada dalam Kabinet.

“Saya sangat alukan peyertaan beliau sebagai ahli. Beliau bekas bos saya dan beliau seorang yang semua orang kenal berwibawa selaku jadi Menteri serta menunjuk prestasi cemerlang.

“Untuk saksikan beliau serah borang jadi ahli Bersatu adalah satu yang sangat-sangat dialukan dan saya rasa begitu seronok bila menyaksi kehadiran beliau. Saya nantikan peluang untuk berkerjasama dengan beliau dalam pelbagai aspek untuk memperkukuhkan parti dan merangka satu hala tuju yang cerah bagi Kedah dan seluruh negara,” katanya.

Menjawab soalan adakah lebih ramai bekas pemimpin UMNO itu akan mengikut jejak Mustapa menyertai Bersatu, Mukhriz dengan seloroh menjawab, “Kita tunggu dan lihat!” – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN