Kedudukan badan pesawat Lion Air masih teka-teki - Utusan Malaysia

Kedudukan badan pesawat Lion Air masih teka-teki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 30 Okt. – Sehingga tengah malam tadi pelbagai usaha telah dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan badan pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut di Karawang dekat sini.

Pesawat Lion Air JT-610 berlepas Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten, sekitar pukul 06.10 WIB, sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Pangkal Pinang pukul 07.20 WIB.

Namun, pesawat tersebut terputus hubungan pada pukul 06.33 WIB dan badan pengurusan operasi mencari dan menyelamat mengesahkan pesawat itu telah terhempas di perairan dekat Karawang, Jawa Barat.

Pesawat tersebut membawa 189 penumpang, terdiri dari 179 penumpang dewasa, 1 penumpang anak-anak dan 2 bayi, 2 pilot dan 5 kru.

Pasukan menyelamat setakat ini hanya menjumpai serpihan pesawat yang terapung di permukaan laut dan peralatan sonar digunakan bagi memberi tumpuan mencari kedudukan badan kapal terbang itu.

“Selain serpihan pesawat, pasukan penyelamat turut menemui beberapa cebisan anggota manusia,” kata Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat, M. Syaugi seperti dilaporkan oleh Kompas.com. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN