Kecewa kualiti Pos Laju - Utusan Malaysia

Kecewa kualiti Pos Laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan Pos Laju untuk urusan pengiriman barang perniagaan dalam talian saya. Malangnya, perkhidmatan Pos Laju kini amat mengecewakan.

Pada 3 Oktober lalu, kiriman saya telah dihantar kepada orang yang salah. Barang tersebut sepatutnya dihantar kepada penerimanya di Salak Tinggi tetapi ia telah dihantar ke Nilai (nombor rujukan: EN258907942MY).

Kali pertama masalah berlaku pada bulan Jun lalu apabila barang kiriman saya hilang. Saya diminta membuat tuntutan menerusi borang maklum balas pelanggan dan sehingga hari ini tidak menerima apa-apa maklum balas daripada pihak Pos Laju (nombor rujukan: EN220126345MY).

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya telah menghantar e-mel dan juga membuat panggilan ke hotline Pos Laju yang sudah tentunya memakan kos panggilan yang mahal. Saya juga telah membuat tuntutan bertulis tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas daripada Pos Laju.

Ini adalah gambaran betapa merosotnya kualiti perkhidmatan Pos Laju tetapi yang menanggung kerugian ialah pengguna seperti saya. Harap pihak pengurusan Pos Laju ambil maklum perkembangan ini.

SHAZREEN

Bandar Puncak Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini