PORT DICKSON – Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga akan memastikan kebajikan dua anak anggota penyelam Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) Adnan Othman diberikan perhatian. Menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk, Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kebajikan berkenaan turut melibatkan soal pendidikan. “Selain itu, kita juga akan melihat kebajikan keluarganya kerana ayah arwah pun tak berapa nampak dan (arwah) pula ada adik yang pembelajarannya terhad,” katanya kepada pemberita…










