SETIAP gerak-geri dan tutur kata semua menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan termasuk dalam sidang Dewan Rakyat sentiasa berada dalam radar orang ramai. Rakyat tidak mengharapkan mereka akan memberi bulan dan bintang. Cukuplah sekiranya anggota-anggota Kabinet melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka contohnya menghadiri sidang Dewan Rakyat. Mungkin tidak semua menteri atau timbalannya dapat mengikuti sidang sepenuhnya kerana ada tugas rasmi lain yang perlu dilaksanakan tetapi sekurang-kurangnya masih…










