LONDON 28 Okt. – Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas mendapat tahu mengenai helikopter pemilik kelab, Vichai Srivaddhanaprabha terhempas di luar Stadium King Power semalam. Seorang saksi memberitahu saluran berita BBC, pemain Denmark itu terkejut, terdiam serta menangis sebaik sahaja tiba di lokasi kemalangan ketika cuba mendekati helikopter yang jatuh di atas deretan kereta. BBC yang memetik sumber keluarga Vichai melaporkan, hartawan Thailand itu berada di atas helikopter tersebut ketika ia terhempas. Anak perempuannya, Voramas Raksriaksorn bersama dua juruterbang dan seorang lagi individu tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya