Kang Haw dilantik Timbalan Ketua Polis IPD JB Utara - Utusan Malaysia

Kang Haw dilantik Timbalan Ketua Polis IPD JB Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Okt. – Ketua Bahagian Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Deputi Superintenden Soh Kang Haw dilantik memangku jawatan Timbalan Ketua Polis IPD Johor Bahru Utara menggantikan Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Eng Lai yang menjadi Timbalan Ketua Polis IPD Johor Bahru Utara selama enam tahun bakal ditukarkan Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti pada 1 November ini.

Terdahulu Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara antara Kang Haw dengan Eng Lai disaksikan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu Eng Lai ketika berucap, melahirkan rasa gembira menjadi sebahagian keluarga IPD Johor Bahru Utara berikutan mendapat kerjasama baik daripada rakan-rakan pasukan di semua peringkat.

Sementara itu, Mohd. Taib memuji Eng Lai yang selama ini berjaya memikul tugasnya dengan bertanggungjawab dan berwibawa, selain yakin dalam setiap amanah yang diberikan kepada­nya.

“Eng Lai sentiasa komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya termasuk dalam aspek pencegahan jenayah me­lalui Unit Kereta Peronda (MPV).

“Beliau juga sentiasa dekat dengan komuniti setempat khususnya di kawasan khususnya komuniti Cina dan berjaya me­ngukuhkan hubungan polis dengan orang ramai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini