IPOH, 24 Okt. – Kampung Pawong di penempatan Orang Asli Pos Slim, Simpang Pulai dekat sini tidak selamat didiami kerana terdedah kepada risiko rekahan tanah lebih teruk. Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Perak, Datuk Ir. Ahmad Zukni Ahmad Khalil berkata, kedudukan kawasan itu yang dekat dengan tebing sungai selain faktor cuaca menyebabkan kampung tersebut tidak selamat. “Buat masa ini, kawasan tersebut masih tidak selamat. Faktor hujan lebat dan jarak dekat…










