Kami perlu menghormati Mourinho - Sarri - Utusan Malaysia

Kami perlu menghormati Mourinho – Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Okt. – Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri meminta penyokong kelab itu untuk menghormati bekas pengendali The Blues, Jose Mourinho selepas berlaku pertelingkahan di Stamford Bridge, Sabtu lalu.

Jaringan penyamaan Ross Barkley pada minit ke-96 memastikan Chelsea terikat 2-2 dengan Manchester United yang menyebabkan pergaduhan di kawasan tepi padang.

Pembantu jurulatih Chelsea, Marco Ianni meraikan jaringan Barkley di hadapan Mourinho serta barisan pemain simpanan United di London yang kemudiannya menyebabkan pengendali Red Devils itu berang dan terpaksa di kawal oleh pengawal keselamatan di stadium itu.

Penyokong The Blues turut mengejek Mourinho yang membuatkan Mourinho memberikan simbol tiga jari kepada mereka sebagai tanda tiga trofi Liga Perdana Inggeris yang dimenanginya semasa bersama Chelsea.

“Di sini Mourinho sudah menjulang trofi kejuaraan dan saya rasa, kami semua perlu menghormatinya dan menghormati sesiapa sahaja yang pernah memenangi piala bersama kelab ini.

“Saya nampak insiden itu secara keseluruhan. Tetapi selepas perlawanan saya ada bercakap dengan Jose dan Jose memberikan penjelasan mengenai insiden itu.

“Saya faham, bahawa kami berada di pihak yang salah dan saya kemudian bercakap dengan Ianni bagi menyelesaikan perkara itu serta-merta.

“Saya membawa kakitangan yang terlibat untuk memohon maaf kepada Jose. Saya rasa perkara ini sudah selesai. Kami salah, kami sudah melakukan kesilapan,” kata Sarri.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN