Kakitangan kerajaan dilarang aktif politik terang-terangan - Utusan Malaysia

Kakitangan kerajaan dilarang aktif politik terang-terangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Okt. – Kakitangan kerajaan negeri ini diingatkan untuk tidak bergiat aktif dalam politik secara terang-terangan seperti memegang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Osman Sapian
Osman Sapian 

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, larangan itu berdasarkan garis panduan yang sedia ada.

“Kita tidak melarang mana-mana pihak untuk menyokong parti politik, tetapi tidak boleh secara terang-terangan seperti memegang jawatan.

“Sebagai kakitangan kerajaan mereka perlu berkhidmat kepada kerajaan semasa yang telah dipilih oleh rakyat, rakyat yang membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Perjumpaan Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Dewan Raya, Taman Bukit Indah, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN