KUANTAN 13 Okt. – Hasrat kerajaan untuk memansuhkan hukuman gantung sampai mati wajar disokong tetapi perlu melalui proses kajian mendalam sebelum ia dipinda. Bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu harus diberi sokongan selari dengan peredaran zaman yang mana kebanyakan negara bertamadun sudah memikirkan bahawa tugas mengambil nyawa bukan kerja manusia. Sehubungan itu katanya, undang-undang manusia seharusnya setakat hukuman penjara seumur hidup dan tidak lagi melibatkan hukuman mati atau pengambilan nyawa demi nyawa. “Namun jangan dipinda dahulu kecuali dengan kajian mendalam termasuk melibatkan pakar-pakar berkaitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya