Kaji pembangunan di kawasan berisiko – PM - Utusan Malaysia

Kaji pembangunan di kawasan berisiko – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 20 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mene­gaskan bahawa pembangunan fizikal termasuk projek perumahan dan infrastruktur harus dikaji dengan teliti bagi mengelak sebarang bencana alam sehingga meragut nyawa.

Perdana Menteri berkata, setiap pembangunan yang di­rancang itu juga harus mengambil kira faktor kesela­matan dan perubahan cuaca dunia termasuk negara yang berubah ketika ini.

“Kalau nak buat (projek) kena kaji dahulu. Jangan bina tepi laut untuk elak tsunami. Jaga-jaga untuk potong (tebang) pokok dalam hutan supaya tanah tidak gelongsor.

“Bila pokok dipotong tanah terdedah lebih cepat dan jadi lumpur. Apabila nak buat jalan kena kaji dulu apakah ia selamat atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat rumah baharu mangsa ribut pada Ogos lepas di Kuala Teriang di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dr. Mahathir berkata demikian mengulas tentang kejadian tanah runtuh kawasan pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus, Relau di Pulau Pinang semalam yang mengorbankan nyawa pekerja asing.

Mengulas lanjut, kata beliau, masalah bencana alam yang berlaku dalam negara ketika ini juga diakibatkan terlalu banyak kegi­atan pembalakan hingga terlalu kerap berlakunya tanah runtuh di kawasan bukit.

“Satu masalah yang kita hadapi sekarang terlalu banyak pembalakan di Malaysia, sebab inilah kita lihat banyak kejadian tanah runtuh di bukit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN