MANCHESTER 24 Okt. – Jose Mourinho kecewa jurang besar wujud antara Manchester United dan Juventus yang mencipta kemenangan 1-0 pada perlawanan Liga Juara-Juara yang turut menyaksikan kepulangan Cristiano Ronaldo ke Old Trafford di sini, hari ini. Ronaldo gagal menjaringkan gol, tetapi dia memainkan peranan menjadi perancang kepada gol kemenangan yang disempurnakan Paulo Dybala pada minit ke-17, dengan Juventus kini mendahlui selesa lima mata ke atas United di persada Kumpulan H.…










