Jumpa rangka manusia di kuarters kosong - Utusan Malaysia

Jumpa rangka manusia di kuarters kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 26 Okt. – Satu rangka manusia ditemukan di sebuah kuarters kerajaan tidak berpenghuni di Jalan Pesta, di sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan rangka terbabit.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit dan kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR).

“Sekeping kad pengenalan milik seorang individu turut ditemukan berdekatan rangka itu dan waris kepada penama di dalam dokumen berkenaan mengesahkan pemilik yang juga ahli keluarganya dilaporkan hilang sejak dua tahun lalu.

“Walau bagaimanapun, proses bedah siasat akan dibuat bagi menentukan punca kematian dan pengesahan identiti si mati dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN