ALOR SETAR 9 Okt. – Seramai 513 mangsa daripada 157 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Baling sehingga pukul 8 malam hari ini. Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Mejar (PA) Imran Azemi berkata, setakat ini, sebanyak tiga PPS dibuka di Kota Setar, lima di Baling dan sebuah di Kubang Pasu manakala PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Siong…










