Jumlah korban letupan Afghanistan meningkat 170 orang - Utusan Malaysia

Jumlah korban letupan Afghanistan meningkat 170 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 20 Okt. – Lebih 170 orang maut dalam beberapa insiden letupan di pusat pembuangan undi ketika pilihan raya Parlimen Afghanistan berlangsung hari ini.

Beberapa letupan menggegarkan pusat pengundian di sekitar Kabul hari ini menyebabkan sejumlah kematian, ketika penduduk berang kerana terpaksa menunggu lama untuk membuang undi dalam pilihan raya yang sudah lama tertangguh.

Kabul merekodkan jumlah kematian tertinggi setakat ini sekurang-kurangnya 15 orang apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas kumpulan militan Taliban memberi amaran kepada pengundi supaya memboikot proses pembuangan undi jika mahu ‘nyawa mereka selamat’.

Seorang koresponden agensi berita AFP menyatakan bahawa sejumlah pengundi lari menyelamatkan diri ketika pusat pengundian di utara Kabul diletupkan, sekali gus menunjukkan kejadian itu berniat menakut-nakutkan pengundi dan menjejaskan proses pilihan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN