Jumlah golongan homoseksual, transgender meningkat setiap tahun - Jakim - Utusan Malaysia

Jumlah golongan homoseksual, transgender meningkat setiap tahun – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Jumlah golongan homoseksual dan transgender di negara ini menunjukkan peningkatan setiap tahun, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Dr. Mohd Izwan Mohd Yusof berkata, sebanyak 310,000 golongan homoseksual terutamanya gay dicatatkan pada tahun ini berbanding 173,000 orang yang dicatatkan pada 2013, iaitu peningkatan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun.

Bagi golongan transgender pula, beliau berkata, dalam tempoh 20 tahun, jumlah golongan transgender menunjukkan peningkatan sebanyak 200 peratus iaitu sebanyak 30,000 orang pada tahun ini berbanding 10,000 orang pada tahun 1988 dan kebanyakan daripada golongan ini bekerja sebagai pekerja seks. 

“Peningkatan itu boleh jadi pelbagai faktor kerana dengan keterbukaan mungkin satu sudutnya media sosial yang ada pada hari ini. Golongan muda mempunyai akses lebih banyak kepada internet dan media sosial. 

“Ini secara tidak langsung menggalakkan mereka lebih terbuka untuk akses kepada mobile apps yang berkaitan dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan video-video yang tidak sepatutnya untuk mereka tonton,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN