JAKARTA 31 Okt. – Anggota pasukan mencari dan menyelamat mengesan objek sepanjang 22 meter di dasar laut iaitu di lokasi pesawat Lion Air JT610 terhempas. Kolonel Haris Djoko Nugroho memberitahu stesen televisyen TVOne, tentera laut Indonesia menggunakan alat pengesan sonar untuk mengesahkan sama ada objek tersebut merupakan sebahagian daripada bangkai pesawat terbabit. Para penyelam tentera berkenaan turut memeriksa objek yang dikesan. – Reuters










