PUTRAJAYA 6 Okt.- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan bertindak segera memasang papan tanda amaran dan pagar menghala masuk ke jambatan atas struktur weir di lombong Taman Putra Perdana, Puchong bagi menghalang orang luar masuk ke kawasan tersebut. Menurut JPS dalam satu kenyataan, kerja-kerja pemasangan tersebut akan dilaksanakan oleh JPS Selangor. “JPS mengambil serius aspek-aspek keselamatan di kolam itu memandangkan kawasan tersebut bukan kawasan bagi orang ramai melakukan aktiviti air dan riadah,”…










