Jordan tidak lanjut perjanjian tanah dengan Israel - Utusan Malaysia

Jordan tidak lanjut perjanjian tanah dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN 22 Okt. – Jordan tidak akan melanjutkan perjanjian selama 25 tahun yang membenarkan Israel menggunakan dua kawasan di wilayahnya di sepanjang sempadan Jordan-Israel ketika Tel Aviv mendakwa sedang merancang untuk meneruskan lagi perjanjian itu.

Kebanyakan tanah di Baquora, di barat laut dan Ghumar di selatan Jordan sedang digunakan petani Israel dengan beberapa orang daripadanya diberikan hak pemilikan tanah persendirian dan hak perjalanan istimewa di bawah satu perjanjian antara kedua-dua pihak pada 1994.

Perjanjian itu akan tamat tahun hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Agensi berita Petra berkata, pemimpin Jordan, Raja Abdullah berdepan peningkatan tekanan rakyat bagi menamatkan perjanjian dengan Israel dan beliau memaklumkan kepada ahli politik negara ini bahawa Jordan mahu menggunakan kedaulatan penuh ke atas dua kawasan itu.

“Ini adalah tanah Jordan dan ia akan kekal,” kata Abdullah. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini