AMMAN 15 Okt. – Pintu sempadan utama antara Jordan dan Syria akan dibuka semula hari ini, buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun. Lintasan Jaber atau dikenali Nassib di Syria merupakan laluan utama perdagangan Asia Barat sebelum Amman menutupnya selepas pintu masuk itu dikuasai kumpulan pemberontak dan ditutup pada April 2015. Jurucakap kerajaan Jordan, Jumana Ghneimat mengumumkan pembukaan pintu Jaber hari ini. Menteri Dalam Negeri Syria, Mohammed al-Shaar turut mengesahkan pembukaan semula pintu sempadan itu. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya