Johor lancar Sistem i-Psikologi - Utusan Malaysia

Johor lancar Sistem i-Psikologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Okt. – Kerajaan negeri hari ini melancarkan Sistem i-Psikologi Kerajaan Johor yang merupakan ujian psikologi secara bertulis dalam talian.

Datuk Osman Sapian
Datuk Osman Sapian 

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, sistem itu bagi menggantikan sistem manual yang digunakan sebelum ini.

“Ujian psikologi ini merupakan kompilasi pelbagai ujian penaksiran psikologi dan kaunseling bagi memudahkan kita menilai tahap psikologi tanpa bertemu kaunselor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara ujian yang disertakan termasuk ujian stress dan kemurungan,” katanya semasa melancarkan sistem itu di Pusat Sukan Educity, di sini sebentar tadi.

Turut diadakan majlis ikrar bebas rasuah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini