JKR nafi kandungan surat tular gunakan nama ketua pengarahnya - Utusan Malaysia

JKR nafi kandungan surat tular gunakan nama ketua pengarahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) menafikan isi kandungan sepucuk surat yang sedang tular kononnya dikeluarkan Majlis Kebangsaan Kesatuan Pekerja-pekerja Kerajaan Malaysia (MKTR) dengan menggunakan nama Ketua Pengarah Kerja Raya.

Menurut JKR dalam satu kenyataan, surat yang dikatakan ditulis untuk mendapatkan tajaan bagi tabung kebajikan kakitangan jabatan itu adalah palsu kerana Ketua Pengarah Kerja Raya dan JKR tidak pernah memberikan atau memohon daripada sesiapapun untuk memberikan derma kepada tabung berkenaan.

“Oleh yang demikian, surat palsu ini adalah rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab dan JKR menafikan sebarang hubungan dengan pihak yang dinyatakan dalam surat berkenaan,” kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Surat yang menggunakan kepala surat MKTR dan kononnya ditandatangani oleh setiausaha agungnya itu adalah untuk mengucapkan terima kasih di atas sumbangan berjumlah RM10,000 serta dialamatkan kepada sebuah syarikat di Sarawak. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini