ALOR SETAR 24 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berpada-pada dalam berpolitik sebaliknya memberi tumpuan kepada agenda pembangunan menuju negara maju dengan meneruskan kesinambungan prinsip tadbir urus yang baik kerajaan terdahulu demi masa depan negara dan rakyat. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan PH sewajarnya tidak membawa negara menuju arah mundur ke belakang walaupun tidak mampu mengotakan janji agar kebajikan rakyat dan pembangunan negara tidak diabaikan.…










