SKUAD bawah 19 tahun (B-19) negara menggalas misi wajib menang ke atas China di Indonesia malam ini sambil mengharapkan Tajikistan tewas kepada Arab Saudi bagi perhitungan terakhir Kumpulan D Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 untuk memperoleh slot ke peringkat suku akhir. Malaysia bakal berdepan pasukan tercorot kumpulan di Stadium Pakansari, Cinibong bagi menentukan hala tuju pasukan selepas ini sama ada melangkah ke peringkat seterusnya atau sebaliknya. Pengendalinya, Bojan…










