Jenazah tiga sekeluarga mati lemas selamat dikebumikan  - Utusan Malaysia

Jenazah tiga sekeluarga mati lemas selamat dikebumikan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Jenazah melibatkan tiga sekeluarga yang mati lemas di sini pada Khamis minggu lalu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Behor Kedap kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Terdahulu, jenazah ketiga-tiga mangsa iaitu Norazalina Baharom, 35, Norma Pin, 64, dan Baharom Ahmad, 66, disembahyangkan di Masjid Negeri di sini selepas solat Zohor yang disertai kira-kira 100 orang termasuk saudara mara mangsa.

Menurut anak saudara kepada Norma Pin iaitu Norhan Abdullah, 50,  beliau reda dengan ketentuan Tuhan dengan kehilangan ibu saudaranya dan dua mangsa lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tragedi sudah terjadi dan tiada apa yang boleh dilakukan. Apa yang penting hidup perlu diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kosmo! melaporkan baru-baru ini tiga mayat sekeluarga dipercayai mati lemas ditemui di beberapa lokasi berbeza di Sungai Arau, Tambun Tulang dan Simpang Empat di sini pada Khamis minggu lalu.

Mayat pertama, Norzalina Baharom, 35, ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung di Sungai Arau, Kampung Belat Batu di sini, kira-kira pukul 9 pagi.

Anak lelaki mangsa yang terselamat turut hadir pada upacara pengebumian ibu, bapa dan adik perempuanAnak lelaki mangsa yang terselamat turut hadir pada upacara pengebumian ibu, bapa dan adik perempuannya. – Foto media sosial

 

Tidak lama selepas itu, mayat kedua iaitu Norma Pin, 64, ditemui orang awam di Sungai Tambun Tulang di sini iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan mangsa pertama.

Tiga jam kemudian iaitu kira-kira pukul 12 tengah hari, mayat suami kepada Norma, Baharom Ahmad, 66, pula ditemukan di pintu tali air B, Sungai Tambun Tulang berhampiran Kampung Che Ok, Simpang Empat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini