Jenazah Saleem selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Saleem selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jenazah penyanyi Saleem atau nama sebenarnya, A.M. Salim Abdul Majeed, selamat dikebumikan pada pukul 2.15 petang ini di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras di sini. 

Allahyarham Saleem meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dan disolatkan di Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran keluarga, saudara mara, kenalan serta rakan artis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Saleem. 

Isterinya, Juriah Bachok merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir membantu beliau sekeluarga.

“Saya reda dengan pemergiannya. Dia (Saleem) seorang yang baik serta tidak pernah kacau orang lain,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.

“Dia juga tidak mahu tunjuk dia sakit, memang lepas kemalangan dia tidak boleh bercakap banyak tetapi dia sentiasa positif,” jelas Juriah.

B
Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran keluarga, saudara mara, kenalan serta rakan artis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Saleem.

Saleem, 57, yang popular dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’ bersama kumpulan Iklim, dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya pada 20 September lepas yang antara lain menyebabkan kecederaan pada tulang rusuk.

Anaknya, Syafiq Farhain pula berharap karya bapanya akan terus segar di persada industri muzik tanah air.

“Terima kasih kepada semua pihak yang hadir hari ini,” katanya. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN