KUALA LUMPUR – Jenazah penyanyi terkenal Saleem akan disembahyangkan di Surau As-Syakirin, Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di Tanah Islam Perkuburan Cheras Perdana selepas Zuhur. Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed, 57, sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 21 September lalu. Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma. Terdahulu sekitar pukul 7 pagi, salah seorang anak penyanyi yang terkenal dengan lagu Suci Dalam Debu itu, Iera Fakhira memuat naik status mengenai kematian penyanyi legenda itu. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya