PULAU PINANG 21 Okt. – Jenazah dua warganegara Indonesia yang terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus dekat Paya Terubong dibawa keluar dari Jabatan Fotensik Hospital Pulau Pinang pada pukul 12.08 tengah hari ini. Jenazah Samsul dan Bahtiar akan dihantar pulang ke Buton Tengah dekat Sulawesi, Indonesia. Penerbangan ke Jakarta dijangka pada pukul 6 petang ini sebelum ke Makassar dan seterusnya ke Kendari. Menurut maklumat daripada pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, jenazah itu dijangka tiba di kampungnya pada Selasa ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya